Perak Hari Ini

PAFA Nafi Dakwaan Gaji Pemain Tertunggak

TAIPING: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menafikan pemain skuad Liga Super negeri ini terpalit dengan isu tunggakan gaji.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, isu berkenaan tidak timbul malah bayaran gaji pemain dilakukan mengikut prosedur biasa.

“Setakat ini kita tidak ada masalah berkaitan gaji pemain, gaji jalan seperti biasa,” katanya.

Tambah beliau, perkara tersebut timbul dan hangat diperkatakan di media sosial, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak secara berseloroh berkata, ada beberapa individu datang memaklumkan kepadanya bahawa ada pemain memberi alasan belum menerima gaji apabila isterinya meminta duit.

“Sedangkan dia sendiri yang tak nak bagi duit kepada isterinya… mungkin sebab itu heboh kata gaji pemain tak jalan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Perak itu memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memenuhi semua ganjaran dijanjikan kepada pemain atas kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun lalu.

Katanya, ganjaran berupa insentif wang tunai berjumlah RM10,000 telah diberikan dan hanya tinggal pemberian lot tapak rumah yang belum dapat direalisasikan.

“Setahu saya hanya pemberian tanah sahaja yang masih belum diselesaikan kerana ia mengambil sedikit masa, tetapi saya beri jaminan mereka tentu akan dapat tanah sepertimana dijanjikan kerajaan negeri kepada pemian,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pada majlis perasmian Program Lestari Komuniti dan Alam Sekitar Kampung Dew, di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamahri; Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohammad Kassim serta Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Bahagian Pembahagian TNB Perak, Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");