Panasnya Hari Ini

PAS Adakan Mesyuarat Tergempar

MARANG: PAS mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kontroversi yang melanda parti itu dipercayai termasuk kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.

Difahamkan, mesyuarat tertutup yang diadakan di Masjid Rusila itu dihadiri beberapa pemimpin tertinggi PAS dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sejak jam 2.30 petang tadi beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat dilihat mula memasuki bilik mesyuarat berkenaan yang terletak bersebelahan Masjid Rusila.

Antara yang turut kelihatan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Dewan Ulamak, Datuk Dr Mahfodz Mohamed; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali; Ketua Dewan Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh.

Ketika ini mesyuarat masih lagi berlangsung di lokasi.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");