Panasnya Hari Ini

PAS Curiga Pendirian Putrajaya Pada DLP

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, tidak mustahil Program Dwibahasa (DLP) yang pernah dicadangkan sebelum ini akan menjadi dasar utama sistem pedidikan negara tidak lama lagi.

Kata Dr Khairuddin Aman Razali beliau berasa curiga dengan keputusan kajian kesan pelaksanaan DLP yang sepatutnya dibentangkan pada Jan tahun ini.

Untuk rekod cadangan pelaksanaan DLP itu dikemukakan oleh kerajaan terdahulu dan mendapat bantahan pelbagai pihak sehingga mendorong satu kajian dijalankan.

Sehingga hari ini laporan kajian berkenaan belum dibentangkan kerajaan.

Kata anggota parlimen Kuala Nerus, Terengganu itu sejak ia dimulakan sebagai program rintis dan bersifat pilihan, kini pelaksanaannya dilihat semakin meluas dan seperti diwajibkan secara berperingkat.

“Sedangkan DLP itu sudah terang adalah jelmaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pemansuhannya kerana enyebabkan pencapaian pelajar dalam Matematik dan Sains merosot ketara pada 2007,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor MalaysiaKini.

Kata Khairuddin sejak DLP diperkenalkan ia dibantah bukan sahaja oleh tokoh-tokoh akademik tetapi juga ahli-ahli politik pembangkang pada masa itu.

“Kini mereka sudah menganggotai kerajaan. Amat malang sekali jika program itu kembali mendapat tempat dan semakin dikukuhkan kedudukannya oleh kerajaan baru,” katanya.

Justeru kata Khairuddin Putrajaya wajar menjelaskan pendirian kerajaan mengenai DLP berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");