Panasnya Hari Ini

Pas Kata Tak Sokong BN Tapi Tak Mahu Isytihar – Tun M

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kenyataan Pas tidak lagi menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.

Dalam sidang media, Perdana Menteri berkata, beliau bercakap benar dan alasan Pas, mereka menyokong UMNO dan BN semasa PRK Cameron Highlands kerana calon DAP yang bertanding.

“Saya perlu mengatakan kebenaran. Hadi, Takiyuddin dan Samsuri mengaku mereka tidak akan menyokong UMNO kali ini (dalam pilihan raya Semenyih) kerana lawan UMNO bukan dari DAP.

“Mereka menyokong UMNO di Cameron Highlands kerana calon itu dari DAP, jadi mereka menyokong UMNO.

“Kali ini perjuangan bukan dengan DAP tetapi dengan PPBM dan mereka berkata, mereka tidak akan menyokong tetapi mereka juga mengatakan mereka tidak mahu mengisytiharkannya,” katanya.

Tetapi selepas mendengar penafian itu, beliau terpaksa bercakap mengenai apa yang sebenarnya berlaku, tambah Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Beliau merujuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

“(Itu) apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka mengakui bahawa mereka tidak menyokong UMNO, PPBM atau PH dan pemimpin mereka tidak akan menunjukkan sokongan mereka.

“Tetapi seperti yang dapat kita lihat, para pemimpin mereka (Pas) menghadiri ceramah UMNO juga,” kata Mahathir.

Apabila ditanya mengenai pengakuan bertulis oleh Abdul Hadi kerana tidak menyokong UMNO, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ia adalah satu cadangan tetapi mereka juga memberi  Mahathir pengakuan yang ditandatangani oleh Takiyuddin. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");