Berita Hari Ini

‘Pasukan De Facto DAP’ Dalam KPM Tuduhan Liar

Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius tulisan di media sosial mendakwa ada ‘pasukan de facto DAP’ dalam kementerian itu yang mahu mengubah subjek Sejarah di sekolah rendah dan menengah.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata ia merupakan satu tuduhan liar yang dikitar semula dan berunsur fitnah meskipun pernah diperjelaskan dan disangkal Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pada 23 Dis 2018.

“Kurikulum kebangsaan termasuk subjek Sejarah akan terus kekal melainkan jika ada cadangan atau saranan baharu daripada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan Jawatankuasa Kajian Semula Dasar Pendidikan Negara (JKD),” kata KPM.

Katanya ???????MPPK dan JKD sedang dalam proses menjalankan kajian dan mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung cadangan dan syor penambahbaikan menyeluruh ke atas pendidikan Malaysia termasuk dari aspek sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.

Untuk rekod, KPM berkata semakan semula bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah bermula pada 2017, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, yang mana kementerian mengambil usaha berterusan menambah baik kurikulum sedia ada untuk semua mata pelajaran.

Menurut KPM, Panel Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks lantikan sesi kedua dibentuk pada 2017 dan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 telah selesai disemak, diteliti dan disahkan bermula 2017, manakala bagi buku teks KSSR (Semakan 2017) Sejarah Tahun 4 dan KSSM Sejarah Tingkatan 4 masih dalam proses penerbitan.

KPM yakin dan percaya dengan kebijaksanaan dan kewibawaan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks serta anggota panelnya yang profesional dalam membuat keputusan sewajarnya berhubung penggubalan dan penambahbaikan kurikulum Sejarah tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Kurikulum dan buku teks termasuk Sejarah akan diteliti semula berdasarkan pandangan dan laporan akhir daripada MPPK dan JKD, menurut kenyataan itu.

Oleh itu, KPM berkata sistem dan dasar pendidikan sedia ada masih kekal dan tulisan yang sedang tular di media sosial merupakan satu tuduhan tidak berasas bertujuan memburukkan imej kementerian berkenaan.

 Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");