Berita Hari Ini

Peguamcara Mesti Disingkirkan Jika Terima Arahan Kerajaan – Ramkarpal

Peguamcara III Mohamad Hanafiah Zakariah perlu disingkirkan jika beliau tidak memahami fungsi Jabatan Peguam Negara yang sepatutnya bebas dan tidak menerima arahan daripada kerajaan, kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Beliau berkata demikian merujuk kepada e-mel Hanafiah kepada semua Timbalan Pendakwa Raya mengenai arahan kerajaan untuk mempercepatkan beberapa kes rasuah berprofil tinggi, termasuk kes melibatkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

“Pendirian Hanafiah dalam hal ini serius.

“Ini mencerminkan kejahilannya terhadap fakta bahawa Jabatan Peguam Negara sentiasa bebas daripada arahan kerajaan dan sepatutnya tidak berpihak.

“Ini adalah kesalahan serius dan memalukan terhadap Hanafiah. Beliau harus meletakkan jawatan jika beliau tidak faham ini, (dan) kalau tidak disingkirkan,” kata anggota parlimen DAP itu dalam kenyataan malam ini.

Ketika mempertahankan e-mel berkenaan, Hanifah berkata Jabatan Peguam Negara adalah sebahagian daripada jentera kerajaan dan akan mematuhi arahan kerajaan selagi ia mengikut undang-undang.

Ramparkal berkata pada asasnya Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat kepada kerajaan dan bukan sebaliknya.

“Hanafiah telah lupa bahawa Peguam Negara adalah bebas dan mendakwa mengikut bukti dan tidak pernah diarahkan, sama ada oleh kerajaan atau sebaliknya.

“Kita perlukan inividu yang bebas untuk tugas itu. Bukan mereka yang menerima arahan daripada kerajaan,” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");