Perak Hari Ini

Pencerobohan Tanah Bukit Kledang: Kerja Baik Pulih Akan Bermula Dalam Masa Terdekat

IPOH: Kerja-kerja membaiki semula struktur tanah di kawasan tanah berhampiran Bukit Kledang yang diteroka secara haram, akan bermula dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, pihak Pengarah Tanah dan Galian Negeri telah mengarahkan peneroka haram yang terlibat untuk berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang hakisan cerun di kawasan yang terjejas.

Jelasnya, kerja-kerja pembaikan meliputi pembinaan saliran longkang dan penanaman semua pokok.

“Bagi memastikan keselamatan kawasan berkenaan terkawal, pihak MB Inc juga telah menempatkan anggota Polis Bantuan bagi memantau keadaan.

“Arahan ini adalah susulan penemuan aktiviti penerokaan tanah milik MB Inc dan kerajaan negeri berhampiran Bukit Kledang, seperti yang dilaporkan pihak media semalam,” katanya dalam satu kenyataa, pada Jumaat.

Terdahulu dalam laporan berasingan, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan komitmen kerajaan negeri dalam memulih semua kawasan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, hampir 10 hektar tanah di kawasan lereng Bukit Kledang telah diteroka secara haram.

Walau Bagaimanapun, pihak Jabatan Perhutanan Negeri telah mengesahkan bahawa tanah milik kerajaan negeri yang terjejas itu tidak terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");