Sukan Hari Ini

Perak, Kedah Kongsi Mata

IPOH: Sokongan padu kira-kira 27,000 penonton yang dibekalkan tiket percuma gagal dimanfaatkan pasukan Perak dalam meraih mata penuh menentang Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Walaupun berjaya mendahului pada minit ke-18 melalui jaringan cantik Brendan Gan yang merembat kencang dari luar kotak penalti kelebihan itu dipadamkan dua minit kemudian oleh pasukan pelawat menerusi jaringan Renan Da Silva.

Menurut BH Online, anak buah jurulatih Mehmed Durakovic bermula garang untuk menyaksikan pelawat cemas sebaik aksi dimulakan dengan asakan seawal minit pertama menerusi percubaan Muhammad Firdaus Saiyadi namun ia sedikit tersasar di sisi gawang Kedah.

Pasukan tuan rumah memperoleh deretan peluang sepanjang babak pertama namun gagal disempurnakan dengan menyaksikan kedudukan 1-1 kekal hingga berakhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, skuad The Bos Gaurus terus mengasak kubu Helang Merah namun masih buntu menambah jaringan hasil pertahanan kemas Kedah.

Pada minit ke-60, perlawanan terhenti seketika apabila pengadil utama, Hamdan Awang cedera menyebabkan perlawanan terhenti 30 minit sebelum pembantu pengadil pertama, Mohd Shahreen Omar menyambung tugas pengadilan menggantikan Hamdan yang kemudiannya disahkan mengalami kecederaan hamstring.

Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan hingga tamat perlawanan yang berkesudahan 1-1 dan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

The Bos Gaurus hanya mengutip satu mata, manakala Kedah kini menggumpul empat mata selepas menumpaskan PKNP FC 2-0 pada perlawanan pertama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");