Sukan Hari Ini

Perak Kempunan Slot ACL

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super, Perak terpaksa akur terlepas tiket ke peringkat kumpulan Liga Juara Juara Asia (ACL) 2019 selepas dibelasah Ulsan Hyundai 5-1 pada aksi play-off di Stadium Bolasepak Ulsan Munsu, Korea Selatan, malam tadi.

Meskipun cemerlang menyingkirkan Kitchee SC pada pusingan kedua kelayakan sebelum ini, namun jurang yang besar antara kedua dua pasukan membuktikan anak buah Mehmet Durakovic bukan tandingan lawannya itu itu yang pernah merangkul gelaran juara ACL pada 2012.

Menurut Harian Metro, keputusan tersebut sekali gus menyaksikan skuad The Bos Gaurus kempunan untuk mengiringi Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan skuad Harimau Selatan itu muncul selaku wakil tunggal negara pada kejohanan berprestij benua Asia.

Pada perlawanan berkenaan, benteng Perak hanya mampu bertahan selama 23 minit apabila mereka dibolosi menerusi jaringan sendiri Amirul Azhan Aznan yang tertampan masuk hantaran lintang Kim Tae Hwan untuk gol pendahuluan tuan rumah.

Babak kedua bersambung, Ulsan Hyundai meneruskan rentak menyerang dan dua gol pantas Mix Diskerud hanya dalam tempoh dua minit pada minit ke-56 dan minit ke-58 menyaksikan hanya keajaiban yang mampu membantu Perak untuk bangkit selepas ketinggalan tiga gol.

Bermain di laman sendiri, Ulsan Hyundai nyata tidak menunjukkan belas kasihan kepada pelawat apabila terus bernafsu menyumbat dua lagi gol menerusi Lee Dong Gyeong (m70) dan Junior Negrao (m86).

Perak bagaimanapun boleh berpuas hati apabila tidak pulang dengan tangan kosong selepas beroleh gol sagu hati hasil penyudah bek kebangsaan, Nazirul Naim di penghujung permainan.

Hasil kemenangan itu, anak buah Kim Do Hoon itu akan bersaing dalam Kumpulan H bersama Sydney FC, Kawasaki Frontale dan Shanghai SIPG.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");