Perak Hari Ini

Perbanyakan Pusat Aktiviti Warga Emas

Kerajaan Perak bercadang untuk memperbanyakkan Pusat Aktiviti Warga Emas di negeri itu bagi membolehkan golongan berkenaan mendapat penjagaan sewajarnya.

Exco Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Wong May Ing berkata, Perak antara negeri yang mempunyai bilangan warga emas paling ramai namun jumlah pusat jagaan golongan berkenaan yang bergerak aktif masih sedikit.

Jelas beliau, di Ipoh sendiri Pusat Jagaan Warga Emas yang bergerak aktif hanya sedikit dan salah satu daripadanya terletak di UTC.

“Perak sekarang ada jumlah warga emas paling tinggi di seluruh Malaysia, dan di Kinta, kita ada 35.5% adalah warga emas. Malah di Ipoh sendiri ada 2500 ke 3000 orang mengidap penyakit seperti  dimentia yang memerlukan mereka di tempatkan di pusat jagaan.

“Bagaimanapun saya difahamkan, jumlah pusat jagaan masih belum mencukupi malah dipusat jagaan di UTC juga perlu dipindah ke lokasi yang lebih sesuai.

Menurut Wong, keadaan Pusat Jagaan Warga Emas di UTC berkenaan sehingga kini terpaksa berkongsi tempat dengan Jabatan Pembangunan Wanita, malah lokasinya agak sempit dan ia menyukarkan warga emas untuk melakukan aktiviti yang disediakan.

Katanya lagi, kerajaan negeri akan mencari lokasi baru baharu yang lebih luas dan selesa untuk warga emas menjalankan aktiviti harian yang dijadualkan.

“Mereka ada pelbagai aktiviti termasuk senam robik, serta beberapa lagi. Jadi disebabkan berkongsi dengan pejabat lain maka keadaan menjadi agak sempit malah ada juga yang membuat aduan kerana bising.

“Atas sebab itu kita merasakan, adalah lebih sesuai pusat jagaan ini ditukar ke kawasan lain yang lebih luas dan selesa,” katanya.

Terdahulu, Wong ditemui selepas  menghadiri Majlis My Precious Memory 2019 di Pusat Penjagaan Dementia Perak, hari ini.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");