Membawang Hari Ini

Pereka Fesyen Tubuh ‘Boyband’

KUALA LUMPIR: Keputusan pereka Ezuwan Ismail menceburkan diri ke bidang nyanyian bukan kerana perniagaan fesyennya sudah mahu gulung tikar.

Sebaliknya melalui kumpulan yang dinamakan E1, lelaki berusia 37 tahun itu optimis untuk menggabungkan fesyen dan muzik – dua bidang seni yang baginya saling melengkapi.

“Kalau dalam negara kita mahupun seantero dunia ini mungkin tak ada pereka fesyen yang bergelar penyanyi, saya ingin menyahut cabaran itu.

“Saya anggap ini percubaan berkongsi sedikit bakat yang ada sekaligus mencipta sejarah peribadi seorang pereka fesyen menjadi penyanyi,” katanya dalam satu kenyataan, lapor MalaysiaKini.

Selain Ezuwan, E1 turut dianggotai Ariff Iram dan Zulyasrani Zaulyaddin.

Ditubuhkan November lalu, E1 mempertaruhkan lagu berentak retro ciptaan Asfan Shah berjudul Semalam Sahaja yang sudah pun dimuat naik di Youtube.

Menurut Ezuwan, minat menyanyi sudah berputik dalam diri sejak di bangku sekolah, tetapi ia tidak lebih daripada hobi.

“Tidak pernah saya bayangkan akan jadi penyanyi. Dulu saya tak fikir bakat ini dapat dikongsi umum walaupun pernah bercita-cita (menjadi penyanyi). Alhamdulillah dalam usia 37 tahun, ia akhirnya menjadi kenyataan.

“Untuk tampil solo mungkin saya sendiri gentar, lalu bersama dua teman seperjuangan, Zulyasrani dan Ariff, saya rasa lebih gagah,” kata bapa kepada dua anak itu.

Sementara itu, Zulyasrani, 30, berkata dia pernah menjadi penyanyi solo dan tampil dengan single berjudul Rushda.

Ariff pula menganggap penglibatannya dalam dunia nyanyian hanya sekadar suka-suka.

“Saya tak pernah terlalu ambil serius hingga nak masuk pertandingan menyanyi. Cuma adalah sekali saya pernah cuba masuk ujibakat Akademi Fantasia dan menyertai boy band,” kata lelaki berusia 24 tahun itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");