BATU GAJAH: Pertandingan perlumbaan dron, ‘Drone For Speed [email protected]’ yang diadakan di perkarangan kawasan Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 (TT5) mendapat sambutan yang menggalakkan.
Dron dikenali sebagai pesawat tanpa pemandu (UAV) yang diterbangkan dengan menggunakan alat kawalan jauh atau melalui komputer sehingga berkemampuan melakukan apa sahaja atas arahan pengendalinya.
Menerusi satu kenyataan, pertandingan yang berlangsung pada 23 dan 24 Februari itu menyasarkan golongan muda yang meminati aktiviti luar dan dron.
Amanjaya TT5, selaku tuan rumah telah menjalankan kerjasama dengan beberapa rakan strategik seperti Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) Majlis Daerah Batu Gajah, Geopark Lembah serta Amanjaya Drone Club (A.D.C) dan Drone For Speed Ambush dalam menjayakan acara tersebut.
Pengarah Projek Azian Mohd Arif berkata, seramai 28 peserta telah menyertai pertandingan , ‘Drone For Speed [email protected] dan ia termasuk seorang remaja perempuan, Wanraya Wannaponh, 12, yang menjadi merupakan peserta termuda.
Ujarnya, acara tersebut juga telah berjaya menarik minat tiga peserta daripada Singapura iaitu, Mohamad Tarmizi Jumiat, Mohamad Zacky Abdul Razak dan Adrian Then Wei Kit.
“Pertandingan dron memberi peluang untuk peserta dan penonton menimba ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman baru di TT5,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Tambahnya lagi, keunikan landskap tapak kapal korek dan alam sekitar di sekelilingnya membuatkan mengapa pertandingan seumpamanya sangat sesuai diadakan di situ.
Dalam pada itu, selain ‘Drone For Speed [email protected]’, turut diadakan juga acara Red Festival @TT5 2019, di lokasi yang sama.
Katanya, acara yang bermula pada 28 Januari sehingga semalam itu mendapat sokongan yang baik daripada pelbagai pihak termasuk syarikat perhotelan, agensi-agensi perniagaan, dan badan-badan bukan kerajaan serta persatuan komuniti.
“Diharapkan program sebegini berupaya meningkatkan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
“Beberapa pertandingan juga telah dijalankan secara atas talian. Persembahan wushu dan tarian singa juga buat pertama kalinya dipersembahkan di TT5,” katanya.