Sukan Hari Ini

Pochettino Terima Padah

PENGURUS Tottenham, Mauricio Pochettino didakwa oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) atas tuduhan salah laku semalam susulan reaksinya terhadap kekalahan kepada Burnley.

Memetik laporan Harian Metro, pengendali dari Argentina itu dilihat berang dan melakukan provokasi terhadap pengadil Mike Dean selepas wisel penamat ditiupkan di Turf Moor, Sabtu lalu yang menyaksikan skuad kendaliannya tewas 2-1.

Kekalahan itu merencatkan peluang kelab itu untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

“Mauricio Pochettino didakwa dengan dua pelanggaran peraturan FA E3 ketika perlawanan menentang Burnley pada Sabtu (23 Februari 2019).

“Tuduhan terhadap pengurus Tottenham itu adalah terhadap bahasa dan/atau tingkah lakunya selepas perlawanan berakhir – kedua-duanya di tepi padang dan di dalam atau di sekitar kawasan terowong dengan berlakunya pelanggaran salah laku.

“Dia mempunyai sehingga pukul 10.00 pagi (Jumaat) 1 Mac 2019 untuk membalas pertuduhan itu.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");