Panasnya Hari Ini

PPBM Gesa Boo Letak Jawatan, Usah Gilakan Publisiti

PETALING JAYA: PPBM menggesa Dr Boo Cheng Hau meletak jawatan atau DAP memecat pemimpin Johor itu kerana gilakan publisiti sehingga sanggup memusnahkan Pakatan Harapan (PH), selepas mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad berundur kerana didakwa memperlekehkan manifesto gabungan itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan berkata, ahli Jawatankuasa DAP Johor itu perlu sedar kedudukannya sebelum membandingkan dirinya dengan Dr Mahathir dan menggunakan cara lain untuk mencari publisiti murahan.

“Boo perlu sedar diri bahawa kedudukan dia terlalu jauh daripada status Dr Mahathir ketika itu. Dr Mahathir dan Tunku Abdul Rahman adalah 2 nama besar dalam politik negara.

“Apa pula mimpi dia untuk samakan diri dengan situasi tokoh-tokoh itu?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Boo mendesak Dr Mahathir meletak jawatan kerana memperlekehkan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Katanya, dakwaan Dr Mahathir yang manifesto itu hanya “panduan dan bukan kitab” menunjukkan beliau tidak yakin dengan diri dan manifesto PH.

Boo turut membidas tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen Umno dan dan memarahi mereka yang mendakwa Barisan Nasional tidak akan kalah pada PRU14 tanpa kepimpinan Dr Mahathir.

Susulan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan Boo “kurang ajar” kerana menafikan peranan Dr Mahathir dalam kemenangan PH pada PRU14.

Hari ini, Boo mempertahankan diri dengan berkata, tindakan sama dengan langkah Dr Mahathir menggesa Tunku Abdul Rahman meletak jawatan pada 1969.

Wan Saiful berkata, PPBM meraikan kepelbagaian pandangan dalam PH, tetapi ia perlu dilakukan secara berdisiplin dan berdasarkan semangat kekeluargaan.

“Pada masa kita semua sibuk bermukim setiap hari di Semenyih, adakah Boo mahu menjadi tukang sabotaj PH atau apa?

“Sekiranya Boo lebih suka menyusahkan kami yang sedang sibuk di Semenyih, lebih baik dia letak jawatan dalam DAP atau DAP sendiri buang dia kerana ternyata dia hanya tahu mengeruhkan keadaan, bukannya membantu.”-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");