Panasnya Hari Ini

PSM Pertaruh Nik Aziz Afiq Di PRK DUN Semenyih

SEMENYIH: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan Nik Aziz Afiq Abdul, 25, sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Anggota Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan yang juga Pengarah PRK DUN Semenyih bagi PSM, berkata Nik Aziz Afiq ialah aktivis rakyat sepenuh masa serta Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda PSM sejak 2017.

“Beliau akan membawa obor anak muda bagi PRK ini yang mana 45 peratus pengundi adalah orang muda berumur bawah 40 tahun,” katanya pada majlis mengumumkan calon PRK DUN Semenyih bagi PSM, di sini, malam tadi, lapor Bernama.

Yang turut hadir, Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim; Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr Michael Jeyakumar; dan Ketua Pemuda PSM, Khalid Ismath.

Arutchelvan berkata, Nik Aziz Afiq yang juga seorang usahawan muda mengendalikan pusat urutan sendiri, dipilih kerana banyak terbabit dalam pergerakan parti dan bukan disebabkan faktor demografik di mana beliau berbangsa Melayu.

Penamaan calon PRK DUN Semenyih ditetapkan pada Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 26 Februari dan pengundian 2 Mac depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");