Perak Hari Ini

Sajian Shell Out, Nasi Beriani Buluh Istimewa Hotel Tower Regency

IPOH: Hotel Tower Regency, di sini akan memperkenalkan sajian makanan laut yang dihidangkan secara lambak atau ‘shell out’ serta sajian nasi beriani buluh, pada bulan hadapan.

Penolong Pengarah Jualan hotel tersebut, Mimi Nasir berkata, menggunakan sos dan resipi tersendiri merupakan antara keistimewaan sajian shell out itu.

Ujarnya, keenakan sos yang dimasak bersama-sama kerang, udang, sotong, ikan, jagung, sayur brokoli, dan lain-lain mampu menambat selera sesiapa pun.

“Hidangan tersebut akan disajikan bermula 1 sehingga 15 Mac ini. Manakala, nasi beriani buluh pula boleh didapati pada 16 sehingga 30 Mac ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Begitu juga dengan sajian nasi beriani buluh, Hotel Tower Regency turut memperkenalkan resipi tersendiri yang diadaptasi daripada resipi yang terdapat di wilayah selatan negara India.

Jelas Mimi, para pelanggan pasti berpuas hati dengan sajian makanan itu yang mana nasi beriani tersebut akan dimasukkan ke dalam batang buluh, berserta ayam berempah, telur, sambal serta beberapa rempah ratus istimewa.

Sebagaimana nasi beriani yang dimasak di dalam periuk tanah liat, hidangan ini menggunakan kaedah yang sama kecuali menggantikan periuk tersebut dengan batang buluh.

Kedua-dua menu boleh didapati dengan harga RM12 untuk seorang, berserta air minuman kordial yang diberi secara percuma.

Dalam pada itu, ujar Mimi bagi sajian-sajian tersebut, Hotel Tower Regency menyasarkan pelanggan dalam kategori golongan bekerja.

Ini kerana katanya, menu-menu istimewa itu, hanya boleh didapati pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 12 tengah hari sehingga 2.30 petang.

Walau bagaimanapun, katanya Hotel Tower Regency tetap mengalu-alukan pelanggan daripada pelbagai umur dan latar belakang.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau urusan tempahan, orang ramai boleh menghubungi Hotel Tower Regency di talian 05-208 6888.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");