Berita Hari Ini

Saya Akan Didakwa Kerana Tunjuk Isyarat Lucah, Kata Siti Kasim

PETALING JAYA: Peguam Siti Kasim berkata dia akan didakwa pada Selasa ini kerana menunjukkan isyarat lucah di satu forum 3 tahun lalu.

Sebelum ini, aktivis lantang itu mendakwa ada cubaan untuk mendakwanya bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Pada 2016, Siti yang kuat menentang usaha memperkasakan undang-undang syariah diganggu pada hadirin di satu forum membincangkan rancangan PAS memperkenalkan hukuman lebih berat untuk orang-orang Islam yang melakukan kesalahan.

Dia kemudian menunjukkan jari tengahnya, menyebabkan satu laporan polis dibuat terhadapnya.

Beliau kemudian disiasat polis.

Siti ketika itu dilapor berkata pengkritik cuba menuduhnya menghina Islam.

“Tapi semua orang boleh tonton video itu. Saya tak kata apa-apa pun mengenai Islam. Mereka menganggu saya dan secara automatik itulah respon saya. Tidak ada gunanya menjerit-jerit pada mereka. Saya tunjuk jari tengah saya untuk menunjukkan kebencian saya kepada mereka,” katanya menurut laporan The Australian.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");