Panasnya Hari Ini

Saya Dah Lama Sedia Untuk PRK – Mat Hassan

PUTRAJAYA: Timbalan presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Mohamad Hasan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan supaya pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diadakan semula.

“Saya menghormati keputusan dibuat dan saya dah lama bersedia untuk mengadakan PRK.

“Jadi saya menerima keputusan rayuan ini dengan hati terbuka.

“Kita menghormati proses undang-undang,” katanya di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini, lapor MalaysiaKini.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita dengan wajah agak sugul selepas Mahkamah mengenepikan rayuannya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.

Mahkamah Pilihan Raya itu sebelum ini memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada pilihan raya umum ke-14 lalu, batal dan tidak sah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");