Panasnya Hari Ini

Saya Tak Perlu Sokongan Pas – Tun M

KLANG – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak memerlukan sokongan Pas khususnya wakil rakyat yang tewas pada pilihan raya lalu.

Beliau berkata, ini kerana Perdana Menteri itu sudah mempunyai sokongan lebih 50 ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya tak perlu sokongan daripada Pas kerana PH sendiri mempunyai lebih daripada separuh kerusi dalam Dewan Rakyat.

“Sokongan itu kepada yang sudah pun menang, bukan yang nak kalah tapi dia nak bagi menang, tak ada,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan sokongan Pas kepada Dr Mahathir selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena dalam PH khususnya rakan sekutunya DAP.

Sokongan itu yang dibuat secara bertulis hanya kepada Dr Mahathir sahaja dan bukannya Kerajaan PH.

Isu ini timbul selepas Dr Mahathir sendiri mendedahkan akuan bertulis antara lain Pas tidak akan memberi sokongan dan membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.

Dr Mahathir juga menemplak sikap bermuka-muka Pas yang mahu bersama beliau namun enggan menyokong Kerajaan PH.

“Kalau dia nak sokong, dia sokong laa, tak usah cakap guna saya, tandatangan surat konon nak sokong saya, tak sebut sokong Pakatan Harapan, cuma nak sokong saya saja.

“Tapi saya bukan kerajaan, kerajaan mestilah Pakatan Harapan,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");