Perak Hari Ini

Sekarang Bukan Masa Untuk Tuding Jari: MB Perak

Manjung: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba menyuntik fitnah terhadap kepimpinan kerajaan susulan kejadian pencerobohan tanah Bukit Klebang.

Jelasnya, kerajaan negeri sedang mengambil tindakan pantas dalam usaha untuk memastikan Bukit Klebang tidak lagi diceroboh selain melakukan kerja-kerja pemulihan.

“Ada yang cakap mengapa kerajaan negeri tak tahu perkara ini, saya nak jelaskan bahawa saya memang tidak mengetahui kejadian pencerobohan ini.

“Selepas dimaklumkan, saya terus mengarahkan jabatan berkaitan membuat siasatan selain meminta pihak polis menyekat dan mengawal kawasan yang diceroboh.

“Tidak adil untuk menuding jari, saya nak tanya semasa wang negara dicuri selama bertahun-tahun, ketika itu kerajaan yang memerintah tahu tak?

Ahmad Faizal menambah, apa yang penting sekarang adalah tindakan yang telah dan akan diambil bagi mengawal keadaan dan memastikan dalang kejadian pencerobohan berkenaan ditangkap.

Terdahulu beliau ditemui pada sidang media di Majlis Lou Sang Terpanjang di Perak di Marina Island Manjung, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");