Perak Hari Ini

Siapa Kata Saya Ada Masalah?- MB Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan pada beliau tidak disambut baik oleh kepimpinan PH negeri.

Menurut beliau, perkara itu hanyalah khabar angin yang cuba dilakukan bagi memburukkan imejnya sebagai Menteri Besar.

“Kami semua tidak ada masalah, malah beberapa kali saya pergi ke program DAP dan disambut dengan baik, ramai adun-adun dan pemimpin DAP bersama dengan saya. Kami langsung tidak ada apa-apa masalah.

“Saya rasa ini sekadar khabar angin yang cuba dibangkitkan oleh orang ramai. Ia tidak benar sama sekali.

Bagaimanapun jelas Faizal, perkara itu sedikitpun tidak menjejaskan hubungan dikalangan pemimpin PH di Perak.

“Tak apa, orang boleh cakap apa juga tetapi yang pentingnya kerajaan PH dan hubungan saya dalam PH cukup baik, tiada masalah.

“Saya bukan cakap dari segi politik ataupun nak mengaburi semata-mata kerana ini adalah perkara sebenar,” katanya.

Katanya lagi, bagi PH Perak, sekiranya terdapat permasalahan berbangkit maka pemimpin akan menyuarakan perkara itu dan kemudian diperbincangkan.

Terdahulu, Ahmad Faizal ditemui selepas mengedarkan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina di sekitar Pasar Awam Chemor.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");