Jenayah

Siti Kassim Tidak Jadi Didakwa

SHAH ALAM: Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dianjurkan dua tahun lalu.

Memetik laporan BH Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata kertas siasatan berhubung Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim dipanggil semula oleh Jabatan Peguam Negara semalam.

“Selepas meneliti semula segala fakta dan keterangan, Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan pada 18 April tahun lalu dibatalkan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Pada 5 September 2016, peguam itu didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang penonton ketika forum mengenai isu RUU355 di Kompleks Karangkraf, di sini.

Insiden dipercayai berlaku selepas Siti Kassim hadir ke forum berkenaan mengkritik RUU berkenaan sehingga mengakibatkan penonton di forum berkenaan menyindirnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");