Sukan Hari Ini

Skuad Perlis Akui Tertekan Dengan Isu Gaji Pemain

KANGAR: Skuad Perlis mengakui tertekan dengan isu gaji yang hangat diperkatakan sehingga mengganggu fokus pasukan itu menghadapi perlawanan awal Liga Perdana menentang UKM FC, kelmarin.

Ketua Jurulatih Perlis, Manzoor Azwira Abd Wahid berkata, pasukannya hilang tumpuan dan memohon peminat serta media memberikan ruang kepada pengurusan pasukan itu untuk menyelesaikan kemelut gaji pemain.

“Saya akui pemain terganggu dengan isu yang timbul malah hampir setiap hari berita yang keluar di media seolah-olah Perlis pasukan yang teruk.

“Malah isu ini bukan memberikan tekanan kepada pemain sahaja malah merunsingkan keluarga mereka sehingga kami terganggu pada perlawanan pertama Ahad lalu,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro, hari ini.

Manzoor berkata, beliau berharap pemain bertenang dan tidak terlalu risau ketika isu itu hangat diperkatakan media.

“Sebenarnya gaji pemain terbabit cuma tersangkut sebulan bukan dua bulan kerana tarikh kemasukan gaji bulan kedua masih belum tiba lagi.

“Apabila melihat isu itu hangat diperdebatkan, ada keluarga pemain menghubungi bertanya mengenainya. Pemain masih boleh bersabar tetapi tekanan yang diberikan mengganggu tumpuan kami.

“Bukan Perlis sahaja menghadapi masalah ini (gaji tertunggak) tetapi pasukan lain juga sama dan saya harap pemain tidak terlalu beremosi sehingga melaporkan kepada media,” katanya.

PFA menerima tamparan hebat apabila bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali membuat aduan kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) berikutan belum menerima gaji pertamanya.

Berikutan isu tunggakan itu, timbul dakwaan mengatakan pemain mereka mahu meninggalkan pasukan itu namun PFA meminta pemain terus bersabar kerana berjanji isu itu akan diselesaikan secepat mungkin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");