Berita Hari Ini

Suspek Samun, Pukul Wanita di MRT Cheras Ditahan

PETALING JAYA: Seorang individu dipercayai suspek kes samun dan memukul seorang wanita dalam lif di Stesen Aliran Transit Massa (MRT) Taman Mutiara, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek ditahan di Taman Cheras dan identitinya juga sudah dikenalpasti.

Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk direman pada pagi nanti.

“Suspek berusia 26 tahun dan hasil siasatan mendapati dia turut merompak satu kedai serbaneka berdekatan lokasi kejadian sebelum menyamun mangsa di dalam lif,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Pada Khamis lalu, tular di media sosial klip video berdurasi kurang seminit menunjukkan seorang wanita dipukul berkali-kali dalam lif sebelum disamun.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, suspek mengekori mangsa yang menaiki lif seorang diri sebelum bertindak menyerang serta melarikan barang milik mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata mangsa mengalami kecederaan dengan bengkak di dahi serta beberapa bahagian badan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");