Berita Hari Ini
Like

Tak Elok Sebar Seksyen Palsu – SPR

February 12, 2019
454 Views
0 Comments
44 seconds read
Tak Elok Sebar Seksyen Palsu – SPR

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun meminta supaya orang ramai tidak tersalah menyebarkan undang-undang berkaitan kelulusan ahli parlimen.

Memetik laporan Astro Awani, beliau turut mempersoalkan apakah motif utama penyebaran maklumat palsu berkaitan seksyen di dalam Kanun Keseksaan.

“Seksyen 420/466 dan 471 Kanun Keseksaan bukan seperti yang dinyatakan di dalam gambar ini.

“Tak elok buat begini,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Sebelum ini tersebar maklumat menenai ahli parlimen yang didapati bersalah menipu SPR menggunakan sijil-sijil palsu semasa bertanding boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 420/466 dan 471 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.