Perak Hari Ini

Tanah Diteroka Tidak Termasuk Dalam Kawasan Hutan Simpan: MB Inc

IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) mengesahkan bahawa terdapat aktiviti pencerobohan tanah berhampiran dengan Bukit Kledang, sebagaimana yang dilaporkan beberapa media sejak semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, hasil siasatan mendapati, penerokaan tanah yang melibatkan hampir 10 hektar itu melibatkan aktiviti penanaman anak-anak pokok kelapa sawit yang dilakukan secara haram.

Katanya lagi, hasil siasatan awal, kawasan yang terjejas adalah tanah milik kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, jelasnya, Jabatan Perhutanan Negeri mengesahkan bahawa tanah yang terjejas tidak termasuk dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong.

Namun kata Anuar, susulan kejadian itu, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) telah mengarahkan agar semua kerja tanah di tapak berkenaan dihentikan serta-merta, selain siasatan bagi perkara tersebut dimulakan.

Pihak terlibat juga telah diarahkan untuk membaik pulih kawasan yang telah terjejas.

“MB Inc merancang untuk membangunkan projek hartanah bercampur di kawasan berkenaan dengan bertujuan menawarkan penempatan untuk rakyat selain mengelakkan daripada tanah milik agensi kerajaan daripada diusahakan oleh peneroka haram.

“MB Inc amat kesal dengan aktiviti penerokaan haram ini yang seolah-olah mahu mencabar pihak berkuasa.

“Hal ini kerana aktiviti pencerobohan ini dikesan dalam tempoh 10 hari selepas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Setinggan dan Usaha Haram Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tambah beliau, kali terakhir MB Inc mengadakan lawatan di kawasan terjejas adalah pada 19 Januari lalu dan ketika itu didapati tiada sebarang aktiviti penerokaan haram yang berlaku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");