Perak Hari Ini

Terus Eratkan Hubungan Kaum Antara Agenda Utama Kerajaan Negeri

IPOH: Usaha mengeratkan hubungan masyarakat antara berbilang kaum sentiasa menjadi salah satu agenda utama Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, semenjak pada pentadbiran kerajaan dahulu, hubungan masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum di negeri ini dilihat agak renggang pada satu-satu masa.

Justeru katanya, beliau sering meingatkan kepada barisan kepimpinan negeri agar sentiasa berusaha untuk mengembalikan dan memperkukuhkan lagi keharmonian kaum.

Jelasnya lagi, salah satu usaha yang dijalankan kerajaan negeri adalah dengan menganjurkan beberapa program melibatkan kesukanan dan belia yang menyasarakan pelbagai kaum.

“Saya ingin mengajak semua rakyat agar menganggap kita ini ibarat sebuah keluarga yang besar.

“Saya berharap agar hubungan antara kaum d negeri ini dapat diperhebatkan lagi.

“Saya juga telah meminta Exco Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee agar dapat menganjurkan sebarang acara yang melibatkan semua kaum,” katanya.

Dalam pada itu, ujar Ahmad Faizal, inisiatif penerbangan terus Ipoh ke Guangzhou, China harus digunakan sebaik mungkin.

Katanya, selain perlancongan, warga tempatan juga boleh menjadikan penerbangan tersebut sebagai salah satu langkah yang dapat mengembangkan lagi bidang perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Perak (DPCP) di Hotel Syuen, di sini, malam tadi.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Pengerusi DPCP, Datuk Chai Wang Yook serta barisan Exco kerajaan negeri.

Pada masa sama, Ahamd Faizal menyambut baik cadangan DPCP yang mahu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha mengertkan lagi hubungan antara Perak dengan negara China.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");