Sukan Hari Ini

Thivendran Bukan ‘Penyendal’

WALAUPUN menerima panggilan kedua sebagai pengganti namun pemain PJ City, K Thivendran tidak menganggap namanya sebagai ‘tangkap muat’ untuk skuad Bawah 22 (B-22) menghadapi Kejuaraan B-22 AFF di Kemboja, bermula Ahad ini.

Malah, Thivendran optimis mahu membuktikan pemilihannya itu berbaloi dan mampu memberi impak kepada pasukan sekali gus menyangkal tohmahan dia hanya sebagai ‘penyendal pasukan’.

Katanya, panggilan mewakili skuad B-22 medan terbaik membuktikan keupayaan seterusnya membalas kepercayaan pengendali Datuk Ong Kim Swee.

“Saya bangga dipilih mewakili skuad B-22 dan akan memberikan persembahan terbaik seterusnya tidak menghampakan harapan jurulatih.

“Sebelum ini, saya pernah dipanggil oleh jurulatih untuk menjalani latihan bersama skuad B-22,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, sebagaimana dilaporkan Harian Metro, semalam.

Selain pemain PJ City itu, seorang lagi pemain Negeri Sembilan, Danish Haziq Saipul Hisham turut dipanggil menjalani latihan selepas lima pemain tidak dilepaskan oleh pengurusan kelab masing-masing.

Sementara itu, Thivendran berkata, pengurusan kelab tiada masalah melepaskannya untuk mewakili pasukan kebangsaan malah turut memberi semangat dan sokongan.

“Pengurusan tiada masalah melepaskan saya malah menyokong seterusnya mahu saya berikan terbaik untuk pasukan B-22,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");