Berita Hari Ini

Tiada Kaitan Hubungan Siti Kassim, Tommy – Vui Keong

JOHOR BAHRU: Keputusan Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Kassim, yang didakwa menunjukkan isyarat lucah pada satu majlis tahun lalu, tidak bersifat peribadi.

Memetik laporan BH Online, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata keputusan itu tiada kaitan dengan dakwaan bahawa Peguam Negara, Tommy Thomas dan Siti Kassim mempunyai hubungan yang baik.

“Ini adalah keputusan oleh Jabatan Peguam Negara yang dibuat mengikut peruntukan undang-undang dan bidang kuasa mereka.

“Persepsi orang ramai bahawa keputusan itu disebabkan kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik tiada kaitan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kompleks mahkamah baharu di Nusajaya di sini, hari ini.

Isnin lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim, ditarik semula oleh Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan pada 18 April tahun lalu dibatalkan selepas penelitian semula segala fakta dan keterangan.

Pada 5 September 2016, peguam itu didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang penonton ketika forum mengenai isu Rang Undang-Undang (RUU355) di Kompleks Karangkraf, di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");