Berita Hari Ini

Tiada Rombakan Kabinet – PM

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada rombakan Kabinet dalam masa terdekat termasuk selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Perdana Menteri berkata, dakwaan kononnya akan berlaku rombakan Kabinet termasuk melantik Timbalan Perdana Menteri baharu sebagai berita palsu.

“Tidak… tidak ada. Tiada rombakan Kabinet. Semua perkara (dakwaan) mengenai rombakan (Kabinet) adalah palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 yang berlangsung di Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang di sini, hari ini.

Kehadiran beliau kira-kira jam 10.30 pagi itu ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir juga menyatakan barisan Kabinet beliau ketika ini akan dikekalkan.

“Saya kekal dengan barisan (Menteri) Kabinet saya,” katanya enggan mengulas lebih lanjut ketika ditanya media sama ada dakwaan melantik Timbalan Perdana Menteri baharu dalam perancangannya atau sebaliknya.

Beberapa hari lalu, timbul desas desus mengenai pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kononnya akan dibuat selepas Tahun Baharu Cina.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika diminta mengulas perkara sama, memaklumkan beliau tidak tahu mengenai dakwaan itu.

Sementara itu, kehadiran Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang meluangkan masa lebih dua jam pada majlis berkenaan, nyata mendapat sambutan meriah dalam kalangan pengunjung termasuk warga perniagaan.

Majlis rumah terbuka itu adalah anjuran Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Selain Dr Wan Azizah, turut hadir beberapa Jemaah Menteri; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pengerusi NCCIM Tan Sri Ter Leong Yap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");