Perak Hari Ini

Tindakan Bekas Ketua Bahagian Serang Pemimpin, Suatu Pengkhianatan Parti – Armada Bersatu Perak

IPOH: Armada Bersatu Perak menyifatkan tindakan beberapa bekas Ketua Bahagian Parti di negeri ini yang membuat tuduhan melulu terhadap kepimpinan parti berhubung keputusan pembubaran 13 jawatankuasa bahagian adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata tindakan mereka yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka adalah digambarkan sebagai suatu pengkhianatan kepada parti.

“Terdapat seorang individu yang mengaku dirinya selaku Ketua Penerangan Bahagian Kuala Kangsar walhal berdasarkan laporan yang diterima beliau hanyalah ahli biasa yang tidak mempunyai sebarang jawatan.

“Individu tersebut juga mempunyai rekod sering mensabotaj parti termasuklah berkempen menolak calon parti yang bertanding pada pilihanraya yang lalu.

“Jesteru itu, Armada Bersatu Perak mohon tindakan tegas diambil terhadap individu-individu ini supaya mereka tidak terus membuat kenyataan yang boleh mengelirukan ahli-ahli parti di Perak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini,

Tambah Hafez, kesemua barisan anggota jawatankusa bahagian parti yang digugurkan sepatutnya berlapang dada dalam menerima keputusan tersebut serta meletakkan kepentingan parti dan ahli mengatasi kepentingan diri sendiri.

Ujarnya, keputusan yang dibuat menerusi Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti pada 29 Januari yang lalu itu bukanlah suatu keputusan yang dibuat secara sewenang-wenangnya.

Sebaliknya, beliau yakin bahawa ia diputuskan selepas kepimpinan tertinggi parti mengkaji dan membincangkan hal tersebut secara terperinci

Dalam pada itu, kata Hafez, tindakan pembubaran anggota jawatankuasa di 13 bahagian Bersatu itu bukanlah bermakna mereka yang terlibat itu tidak berpeluang untuk terus berkhidmat kepada parti pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, Armada Bersatu Perak yakin keputusan tersebut juga sebagai suatu usaha yang dapat mengukuhkan kedukukan parti di negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");