Berita Hari Ini

Trump Rancang Jumpa Jong-un Di Vietnam

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Vietnam pada 27 dan 28 Februari ini, lapor Politico semalam.

Trump mendedahkan tarikh itu dalam satu pertemuan dengan sebuah stesen televisyen utama awal semalam, katanya.

Menurut BH Online, beliau dijangka mengumumkan perincian mengenai sidang kemuncak kedua dengan Jong-un itu ketika ucapan tahunan ‘State of the Union.

Setakat ini masih belum dapat disahkan bandar mana akan menjadi pilihan Trump untuk mengadakan pertemuan bersejarah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");