Panasnya Hari Ini

Tun M Boneka DAP?

Politik di Malaysia ni memang unik, banyak sangat spekulasi dan sampai satu tahap, kita susah nak jangka apa yang bakal berlaku.

Jom kita renung-renungkan semula:

5 MP UMNO sudah rasmi dalam PPBM. Dan ada 30 lagi MP UMNO akan masuk PPBM bila-bila masa sahaja.

Pemimpin utama UMNO ada di antara 2 hingga 47 pertuduhan untuk pendakwaan masing-masing. Ada yang dah dibawa ke mahkamah dan ada yang masih dalam proses siasatan.

Dari segi perlembagaan umno, clause 10.16, parti ini sudahpun boleh diisytiharkan haram.

Jangan kita lupa, PRU12 UMNO ada 109 MP, PRU13 UMNO ada 89 MP dan PRU14 baru-baru ini, UMNO ada     54 MP. Akan tetapi selepas PRU14, UMNO kini hanya ada 36 MP.

Dari segi teknikalnya, BN sudah boleh dianggap tidak wujud kerana dari 14 parti komponennya, kini hanya tinggal tiga — UMNO (36 MP), MCA (1 MP) dan MIC (1 MP).

PPBM hanya tunggu hari untuk memiliki MP teramai dari komponen-komponen lain dalam PH.

Dengan kewibawaan Tun M, kita percaya sekitar 20 MP dari PKR mungkin berpindah ke PPBM jika sesuatu kemungkinan berlaku.

PAS pula berhadapan dengan arahan ROS supaya perkataan Islam dalam nama parti itu diubah.

Malah PAS juga berkemungkinan berhadapan dengan pertuduhan penggubalan wang haram antara RM90 juta hingga RM200 juta.

Selain tu, 17 pemimpin dan MP PAS berhadapan dengan pertuduhan jenayah rasuah.

Jadi, sekiranya anda merasakan Tun M adalah BONEKA kepada DAP, sila fikir semula dan teliti gerakan PPBM sekarang. Mengapa perlu Tun M takut dan tunduk pada DAP.

Jika DAP ugut PH dan Tun Dr M walau dari sudut apa sekalipun, PAS sudah sedia beri sokongan penuh kepada Tun Dr M.

Jika DAP cukup gelojoh dan semua nak cepat saja, mungkin DAP kembali sebagai pembangkang dan terima kerugian saja.

DAP sebenarnya sekarang sedang ketakutan kerana mereka berkemungkinan menjadi minoriti dalam PH. Dan jika DAP bila-bila sahaja boleh di ‘kick’ dari PH jika mereka terus menerus mengasak Tun M.

Tun Dr M bukan Perdana Menteri sembarangan.

Tun Dr M bukan kleptokrat antarabangsa.

Tun Dr M bukan Raja atau Bapa Rasuah Negara.

Tun Dr M bukan Raja Troll.

Tun Dr M adalah Political Strategist Extra-Ordinaire!

Tun Dr M is “one in a million”.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");