Jenayah

Ujian DNA Siti Masitah Sepadan

KUANTAN – Keluarga kanak-kanak yang mati dibunuh kejam, Siti Masitah Ibrahim, 11, pada kejadian 30 Januari lalu telah menerima keputusan ujian padanan asid deosiribonukleik (DNA) semalam.

Ibunya, Solihah Abdullah, 35, semasa dihubungi memaklumkan, ia menunjukkan keputusan positif selepas mereka sekeluarga memberi sampel darah untuk menjalani ujian DNA pada Isnin lalu.

“Insya-Allah, kalau tidak ada apa-apa (masalah), jenazah akan dibawa pulang dan dikebumikan pada Isnin minggu depan” ujar suri rumah itu semasa dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sabtu minggu lalu, mayat Siti Masitah ditemui di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dalam keadaan menyayat hati apabila beberapa anggota badan termasuk kepalanya terpisah daripada tubuh.

Siti Masitah dilaporkan hilang kira-kira pukul 6.30 petang, 30 Januari lalu selepas keluar menunggang basikal dan ibunya membuat laporan polis pada pukul 11 malam hari yang sama.

Mayat tersebut dikenal pasti sebagai Siti Masitah selepas ibunya membuat pengecaman baju yang dipakai kanak-kanak itu pada hari dia dilaporkan hilang.

Susulan penemuan mayat itu, seorang lelaki rakyat Kemboja berusia 23 tahun ditahan polis pada pukul 2 pagi, 31 Januari lalu dan direman sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan ketika dihubungi berkata, pihaknya perlu melakukan beberapa lagi ujian susulan bagi tujuan pengesahan.

“Ada ujian lagi perlu dibuat. Kita akan maklum bila selesai dan bila jenazah boleh dituntut keluarga,” ujar Othman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");