Jenayah

‘Usah Buat Spekulasi Isu Patung Berhala Ditemui Di Surau’

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu patung berhala ‘Datuk Gong’ yang ditemui di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang, kelmarin.

Memetik laporan BH Online, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan) dalam satu kenyataan, semalam, meminta masyarakat bertenang dan menunggu hasil laporan daripada pihak polis.

“Jabatan ini menerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan memberikan kerjasama kepada pihak polis dan jawatankuasa surau dalam memastikan keselamatan surau serta kawasan kediaman terjamin.

“Bersama jawatankuasa surau dan pengerusi KRT, kami akan mengadakan perbincangan lanjut bagi memastikan isu ini ditangani dengan aman,” menurut kenyataan itu.

Katanya, hasil siasatan jabatan mendapati pihak surau terbabit sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Jabatan ini menghargai tindakan polis dan jawatankuasa surau dalam menangani isu ini dengan aman,” menurut kenyataan itu lagi.

Media sebelum ini melaporkan penduduk Taman Pendamar Indah, Klang, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan patung berhala diletakkan bersebelahan pintu masuk utama Surau Sabilul Huda, kelmarin.

Difahamkan, patung itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab antara jam 2.30 hingga 4 petang sebelum disedari siak yang datang untuk membuat persiapan solat Asar di surau berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");