Berita Hari Ini

Vaksin: Tak Timbul Isu Haram Atau Tidak – Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menggesa semua pihak untuk berhenti membahaskan status halal vaksin di tengah-tengah meningkatnya gerakan antivaksin yang baru-bau ini hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak kecil.

“Kami telah merujuk Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan yang telah pun mengeluarkan fatwa di peringkat kebangsaan. Bahawa vaksin yang dihasilkan di negara ini bukan vaksin yang haram ia telah diluluskan,” katanya.

Mujahid bercakap kepada pembertita selepas hadir Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia di Subang Jaya. Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian turut hadir majlis berkenaan.

“Jadi tidak timbul isu itu semua, mereka yang membawa kepada perdebatan ini seharusnya berhenti berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan ketahanan anak-anak itu apabila mereka dewasa nanti,” jelas menteri hal ehwal agama itu.

Mujahid juga maklum Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad sebelum ini telah membangkitkan isu untuk menjadikan imunisasi sebagai wajib untuk semua bayi dan kanak-kanak kecil.

Beliau berkata kementeriannya, melalui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), akan terus mematuhi fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Fatwa menyatakan vaksinasi hukumnya harus dan boleh menjadi mandatori (wajib) dalam kes-kes terdapat risiko jelas untuk kesihatan kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan semalam seorang bayi lelaki berusia 25 bulan meninggal dunia dua hari lalu di Johor Bahru.

Anak kecil itu dipercayai meninggal dunia kerana jangkitan penyakit difteria, yang boleh dicegah melalui vaksinasi.

Hisham berkata kanak-kanak itu tidak pernah diimunisasi sejak lahir dan mula mendapat demam, batuk dan tonsil bengkak pada 16 Februari lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");