Membawang Hari Ini

‘Yang Penting Tutup Aurat’

KUALA LUMPUR: Dipersenda busana digayakan umpama ‘penyangkut baju yang lupa nak dicabut’, Sarah Suhairi enggan melatah dengan kritikan netizen sebaik tampil di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, pada Ahad.

Beraksi bersama Nabila Razali dan Ismail Izzani mendendangkan lagu Seribu Impian dalam segmen persembahan, Sarah berkata, dia memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak yang bertanggungjawab menggayakannya, memilih pakaian sesuai.

“Saya tidak ada masalah biarpun menerima pelbagai reaksi terhadap baju digayakan.

“Apa yang penting, saya selesa dan pakaian itu menutup aurat. Mungkin masyarakat belum sedia dengan fesyen begitu.

“Saya tidak sangka busana yang dipakai mendapat perhatian meluas. Apatah lagi, saya baru pulang dari misi kemanusiaan di Syria, tiga hari lalu,” katanya kepada BH Online.

Sarah berkata, dia enggan menyalahkan sesiapa berhubung kontroversi itu.

“Perkara sudah berlalu, saya enggan menyalahkan sesiapa. Saya rela menerima kecaman dengan hati terbuka.

“Malah, saya tidak sempat berbincang dengan pereka busana mengenai maklum balas yang diterima sejak malam tadi (kelmarin),” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Sarah bakal tampil dengan single ketiga karya Sharon Paul dan Shah Shamshiri, bulan depan.

“Insya-Allah, jika mengikut perancangan, saya bakal tampil dengan single ketiga. Lusa, saya mula membuat rakaman di studio.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan dua individu yang bertanggungjawab menghasilkan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar.

“Sudah pasti saya mengharapkan kelainan untuk buah tangan terbaru ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");