Berita Hari Ini

Zamihan Serah Notis Tuntutan Kepada Asri

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin berkata telah menyerahkan notis tuntutan undang-undang kepada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ia susulan kritikan Asri terhadapnya dalam satu forum Sabtu lalu.

Beliau berkata notis itu diserahkan peguamnya dan Asri diberi masa tujuh hari untuk menjawabnya.

“Beliau memfitnah saya dengan tuduhan yang boleh menjatuhkan kredibiliti saya sebagai penjawat awam.

“Beliau menyifatkan saya sebagai suka mengkafirkan Muslim lain, berperawakan keras dan mengamalkan Islam secara ekstrem DIa juga menuduh saya sebagai bertanggungjawab mengaitkan Perlis dengan pengganas,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, hari ini.

Katanya, langkah itu untuk memberi pengajaran kepada Asri agar menghormati pihak yang berbeza pandangan dengannya.

Terdahulu, beliau merujuk laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Asri dalam forum bertajuk Sosma: Siapa Pengganas Dan Potensi Salah Guna Kuasa di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Asri antara lain berkata Zamihan berfikiran sempit kerana menyokong isu dobi untuk Muslim yang timbul pada 2017 dan mempersoalkan kelayakannya sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis Jabatan Penjara sebelum ini.

Berhubung isu dobi Muslim, Zamihan ketika itu berkata ia merupakan pandangan peribadi dan bagi memastikan kesucian pakaian orang Islam.

Mengulas laporan itu sebelum ini, beliau berkata “berlepas diri daripada dakwaan tidak berasas, fitnah dan berniat jahat oleh mufti Perlis dan Malaysiakini”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");