Berita Hari Ini

Zuraida: Saya Tak Pernah Dakwa Diri Graduan NUS

Selain Mohamad Sabu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin turut menafikan kelayakan pendidikan yang dikaitkan dengannya sebelum ini.

Zuraida menafikan laporan beberapa media sebelum ini yang mengatakan beliau graduan National University of Singapore (NUS).

“Saya tidak pernah menyatakan atau mendakwa diri sebagai graduan NUS dan juga tidak pernah memberi kebenaran mana-mana individu untuk berbuat begitu bagi pihak saya.

“Saya juga tidak betanggungjawab kepada apa-apa kemasukan maklumat yang tidak benar dalam Wikipedia yang mendakwa (demikian),” katanya dalam kenyataan.

Susulan dakwaan ijazah palsu terhadap seorang timbalan menteri, kelayakan akademik beberapa menteri persekutuan dipersoalkan di media sosial termasuk Zuraida.

Ketika mula dilantik sebagai menteri, infografik Bernamamenyatakannya sebagai seorang graduan NUS. Infografik itu dikongsi ramai pengguna media sosial.

Zuraida yang juga naib presiden PKR bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa Bernama tidak pernah mengesahkan maklumat itu dengannya.

Berhubung laman Wikipedia versi bahasa Inggeris dirinya, semakan Malaysiakini mendapati masukan yang mendakwa Zuraida “graduan Sains Sosial di salah satu institusi pengajian tinggi Singapura” dibuat oleh seorang pengguna anonymous pada 14 Januari ini.

Laman itu kemudian disunting lagi hari ini oleh pengguna bernama “pejuang Umno” yang menyebut Zuraida sebagai graduan Universiti Harvard.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");