Panasnya Hari Ini

Zuraida Ulangi Tak Akan Lompat Ke Bersatu

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini mengulangi penafian akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tegas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu tidak ada sebab untuk beliau melompat ke Bersatu memandangkan parti tersebut dan PKR adalah parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingat sebab banyak lompat ke parti Bersatu, sampai (mereka) cakap saya pun masuk Bersatu. Tidak ada, ketika ini tidak ada, kita sama-sama dalam PH,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perayaan Penjagaan Kesihatan Keluarga di Plaza Sentosa, di Johor Bahru.

Zuraida berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus mengatakan beliau dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan lompat parti dan menyertai Bersatu.

Dalam perkembangan lain, Zuraida yakin PH dapat mempertahanan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih meskipun pilihan raya kecil (PRK) kerusi itu menyaksikan pertandingan empat penjuru.

“Saya berada di Semenyih sebelum berada di sini (Johor Bahru), saya lihat sokongan kepada PH adalah tinggi. Ini kerana pengaruh Selangor sendiri yang diperintah PH selama dua penggal iaitu 10 tahun.

“Jadi, orang Selangor telah matang dan faham apa yang telah dilaksanakan kerajaan Selangor apatah lagi PH telah mengambil alih kerajaan pusat, jadi telah meningkatkan manfaat kepada mereka,” katanya.

Aplikasi PBT i-Tegur

PRK DUN Semenyih bakal menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan seorang calon Bebas selepas proses penamaan calon pagi tadi.

PH mencalonkan Muhammad Aiman Zailani sementara BN dan PSM masing-masing mencalonkan Zakaria Hanafi dan Nik Aziz Afiq Abdul?????? manakala aktivis sosial Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bertanding atas tiket Bebas.

Mengulas perkara lain, Zuraida berkata aplikasi i-Tegur yang diluluskan Mesyuarat Majlis Negara semalam diharapkan dapat mengalakkan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara

Beliau berkata aplikasi berkenaan bukan sahaja memudahkan rakyat membuat aduan dengan menggunakan telefon bimbit tetapi turut membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi respons dan khidmat dengan lebih cepat.

Sejak dilancarkan pada Disember, kira-kira 9,000 aduan diterima setakat ini dengan 70 peratus daripadanya telah diselesaikan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");