Perak Hari Ini

624 Calon SPM Cemerlang Di perak

IPOH: Seramai 624 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Perak berjaya memperoleh gred cemerlang iaitu A+, A dan A- bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Rosli Ahmad berkata, jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 734 orang.

“Indeks Gred Purata Negeri (GPN) bagi tahun 2018 ialah 5.01 berbanding 4.98 pada tahun 2017 iaitu berlaku penurunan sebanyak 0.03 mata,” katanya.

Selain itu ujarnya, mata GPN bagi jurang pencapaian antara calon di bandar dengan calon luar bandar di negeri ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.02 mata iaitu 0.43 mata pada tahun 2018, berbanding 0.45 pada tahun lalu.

Jelasnya walaupun berlaku sedikit penurunan pencapaian calon bagi dua lokasi masing-masing namun, jurang pencapaian kecemerlangan SPM antara calon do bandar dan luar bandar semakin rapat.

“Seramai 102 calon berkeperluan khas (CBK) telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini dan daripada jumlah tersebut, seramai 74 orang layak menerima sijil SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2018 Perak di Jabatan Pendidikan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Rosli berkata sebanyak 16 daripada 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi manakala, 29 mata pelajaran mengalami penyusutan berbanding tahun lalu.

Jelasnya, mata pelajaran Kimia dan Menyelenggara Motosikal menunjukkan prestasi kekal manakala mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang berjaya menunjukkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPM) iaitu sebanyak 0.24.

“Prestasi mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, dan Sains mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lalu,” ujarnya.

Mohd Rosli turut mengumumkan senarai sekolah terbaik di negeri ini yang terdiri antaranya, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian, Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng serta SMK Raja Permaisuri Bainun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");