Berita Hari Ini

‘800,000 Kad Harapan Akan Diagih, Elak Mahasiswa Ikat Perut’

PASIR MAS: Sebanyak 800,000 Kad Harapan akan diagihkan kepada mahasiswa bagi mengelakkan mereka “mengikat perut” akibat masalah kewangan ketika menuntut, kata Yang Dipertua Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM), Khuzaini Zamzani.

Katanya, kad itu disasar diagihkan kepada mahasiswa yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Dengan Kad Harapan ini, mereka boleh membeli barangan di Kedai Harapan dengan potongan harga antara 7 hingga 10%.

“Harapan kami adalah membantu mahasiswa daripada golongan berpendapatan rendah,” katanya pada Program Ayam Hutan Berkokok di Dataran Komuniti di Kampung Padang Embon, semalam.

Beliau mengulas laporan media sebilangan mahasiswa terpaksa “mengikat perut” dengan hanya makan sekali sehari, berpuasa dan bergantung pada roti kerana kekangan kewangan.

Khuzaini berkata, Kedai Harapan akan dilancarkan di Shah Alam oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Hatta Ramli, Sabtu depan memetik laporan FMT.

“Bagi fasa pertama, 70 premis Kedai Harapan akan dilancarkan dan 220 Kedai Harapan disasar dibuka sehingga hujung tahun ini.

“Kedai Harapan juga dijangka dapat membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana, apabila 20% produk mereka akan dijual di kedai itu.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");