Berita Hari Ini

Alhamdulillah… ‘Budak Kerbau’ Stabil

KUALA TERENGGANU- ‘Budak kerbau’, Mohd Syukur Khamis, 14, dilaporkan dalam keadaan stabil dan dijangka keluar hospital, hari ini.

Abang kanak-kanak yang popular dengan gelaran ‘Mowgli Malaysia’ itu, Mohd Alias, 29, berkata, dia dan keluarga bersyukur apabila adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Alhamdulillah, syukur dalam keadaan stabil dan imbasan pada kepala juga tidak menunjukkan kecederaan pada bahagian berkenaan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), tengah malam semalam.

Menurutnya, tidak dinafikan insiden yang menimpa adiknya itu menimbulkan panik dalam kalangan netizen.

“Bukan sahaja netizen, kami ahli keluarga pun panik dengan kejadian itu yang pertama kali dialaminya sejak bermain dengan kerbau,” katanya.

Katanya, insiden yang menimpa adiknya itu adalah perkara biasa dialami sebagai anak pengembala.

“Kami adik-beradik semua pernah lalui keadaan ini dan saya sendiri pernah mengalami insiden itu, tetapi bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Sementara itu, jurufoto, Abdullah Dean Mohd Zain, 44, atau lebih dikenali dengan panggilan Dallah Deen, berkata, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi ketika dia bersama beberapa sepupunya bermain di kandang haiwan berkenaan.

“Ketika kejadian, saya sedang bersembang dengan bapanya, Khamis sebelum terdengar mereka menjerit memberitahu Syukur jatuh,” katanya.

Dallah berkata, kejadian berlaku ketika Syukur bersama beberapa sepupunya bermain dengan melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lain.

Menurutnya, sebelum kejadian dia bersama beberapa jurufoto luar, termasuk dari Pulau Pinang merakam aksi Syukur dengan haiwan ternakannya lapor HMetro.

“Kejadian itu berlaku selepas kami selesai merakam gambarnya, malah tidak ada siapa yang sempat merakam momen itu kerana ketika kejadian semua jurufoto sudah keluar daripada kandang (kerbau).

“Malah, saya sendiri ketika itu sedang berehat di wakaf sambil berbual dengan bapanya, Khamis Jusoh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");