Berita Hari Ini

Apa Niat Utusan? Soal Lim

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berang selepas menjadi sasaran oleh Utusan Malaysia kerana tidak berpakaian istiadat khas berwarna putih pada istiadat pembukaan penggal kedua majlis Parlimen ke-14 hari ini.

Laporan itu memaparkan gambar Lim yang berpakian sut hitam bersama wakil rakyat lain berpakaian istiadat khas berwarna putih. Turut menjadi sasaran adalah ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai dan ahli Parlimen Keningau Jeffrey Kitingan.

“Nasib baiklah wajah mereka dikenali, jadi tidak ada yang tersalah anggap mereka sebagai wartawan atau pegawai menteri.

“Perkara sebegini bukanlah baharu, malah pernah terjadi sebelum ini pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-13 lalu apabila sebilangan ahli Parlimen yang ketika itu memakai pakaian hitam.

“Namun, ketika itu khabarnya mereka protes terhadap kerajaan. Aneh juga kerana sebilangan mereka kini berada dalam parti yang membentuk kerajaan, mahu protes apa?

“Lebih elok jika ahli Parlimen semuanya seragam memakai pakaian istiadat sebagai tanda hormat menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” petik laporan Utusan itu.

Menurut akhbar berkaitan Umno itu, pihaknya akan cuba mendapatkan respon ahli Parlimen yang terlibat.

Mengulas dakwaan itu, Lim membuat hantaran di Facebook bahawa Utusan  hanya menyenaraikan dirinya dan dua yang lain, tetapi tidak menyebut mengenai ahli Parlimen Marang Abdul Hadi Awang, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli Parlimen Lenggong Shamsul Anuar Nasarah.

“Bukannya saya tak pernah pakai baju istiadat. Yang disenaraikan oleh Utusan Online(ialah) Tan Kok Wai, Lim Lip Eng dan Jeffrey Kitingan.

“Yang tidak disenaraikan oleh Utusan (ialah) Hadi Awang, Tengku Razaleigh dan Shamsul Anuar dan ramai lagi.

“Apa niat Utusan?” soal Lim.

Ketika dihubungi untuk butiran lanjut, Lim berkata beliau tidak memakai pakaian istiadat itu kerosakan di bahagian kolar dan tidak sempat membaikinya untuk majlis hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");