Perak Hari Ini

Asmuni Ragui Perbelanjaan Pas

IPOH: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Asmuni Awi meragui kemampuan pemimpin PAS yang kerap menganjurkan beberapa program berskala besar sebelum ini namun, tidak pernah memohon pembiayaan daripada parti.

Beliau yang juga Bekas Ketua Bendahari Pas Pusat berkata, perkara tersebut seolah-olah menjadi persoalan baginya kerana tidak ada pihak yang mengusulkan permohonan pembiayaan penganjuran program kepadanya sepanjang beliau memegang jawatan tersebut dahulu.

Jelasnya, penganjuran program yang menelan kos puluhan ribuan ringgit, termasuk program Nadwah Pemerkasaan Du’at (Nekad), Himpunan Derita Rakyat (Hindar), dan Himpunan Harapan Semua (Harap).

Katanya lagi, penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang diadakan di Rusila, Terengganu pada Mac, 2015 menelan perbelanjaan hampir RM2 juta.

“Pada saya ia seolah-olah teka-teki pada saya ketika itu. Tidak ada satu program pun minta dana daripada saya selaku bendahari.

“Kadang-kadang saya bimbang kerana penganjuran program memakan kos yang besar. Ia tak termasuk program yang dianjurkan ke Sabah dan Sarawak yang memerlukan perbelanjaan penerbangan dan tempat tinggal.

“Saya hairan. Bagaimana mereka mendapat sumber kewangan dalam program yang berskala besar sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu perkongsian video berdurasi 3 minit di laman Facebook beliau, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");