Membawang Hari Ini

Awal Ashaari, Scha Menang Saman RM345,305

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya berjaya memperoleh ganti rugi sebanyak RM345,305 selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan tuntutan saman mereka terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn. Bhd.

Menurut Utusan Online, saman berkenaan adalah berhubung pelanggaran kontrak pengedaran dan penjualan eksklusif 20,000 botol minyak wangi jenama Bleu dan Maroon oleh syarikat pembekal tekstil tersebut.

Hakim Shamsudin Abdullah membenarkan tuntutan saman berkenaan selepas mendapati D’Haja yang dilantik sebagai gagal melaksanakan tanggungjawabnya kerana gagal memastikan 20,000 botol minyak wangi plaintif berada dalam keadaan baik dan teratur dan sedia untuk diniagakan.

Mahkamah juga berpuasa hati melalui imbangan kebarangkalian bahawa syarikat tersebut memungkiri perjanjian apabila gagal dalam tanggungjawab untuk menjaga reputasi pasangan suami isteri itu.

Mahkamah turut memerintahkan D’Haja membayar faedah lima peratus, ganti rugi am RM10,000 serta kos RM5,000.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tuntutan balas D’Haja dan memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 kepada defendan selepas mendapati plaintif memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.

Dalam saman yang difailkan pada 30 April tahun lalu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir plaintif pertama dan Awal plaintif kedua mendakwa, mereka telah memesan 20,000 botol minyak wangi daripada Eree International dan membuat bayaran berjumlah RM310,000 kepada syarikat tersebut melalui dua pembayaran pada 11 Oktober 2016 dan 11 Januari 2017.

Pihak plaintif bagaimanapun mendakwa, D’Haja yang dinamakan defendan telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma-terma asas perjanjian selain gagal memulangkan 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu.

Sehubungan itu, pihak plaintif antaranya menuntut jumlah RM345,305 berserta faedah pada kadar lima peratus dari tarikh pemfailan tuntutan sehingga pembayaran penuh dan ganti rugi am.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");