Berita Hari Ini

Baca Yasin Untuk Mohd Haziq

Keluarga Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang masih hilang susulan serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu bercadang mengadakan bacaan Yasin, Jumaat ini.

Majlis akan diadakan di masjid di Alor Setar untuk kesejahteraan remaja itu dan berharap dia ditemui segera.

Ibu saudara Mohd Haziq, Zarina Shuib, 53, berkata, mereka sekeluarga juga sepakat mengadakan solat hajat, memohon petunjuk Allah SWT.

“Selagi tidak jumpa, kami sekeluarga di sini (Kedah) susah hati sangat.

“Itupun, Alhamdulillah adik saya, Mohd Tarmizi (bapa Haziq) semakin pulih dan lega sedikit kerunsingan kami,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zarina berkata, ketika ini mereka hanya mengikuti perkembangan Mohd Tarmizi, 42, sekeluarga menerusi seorang lagi adiknya, Mariani, 49, yang berada di negara itu sejak dua hari lalu.

“Buat masa ini tiada perkembangan terkini mengenai Mohd Haziq. Kami hanya tunggu maklumat dari keluarga di sana kerana sukar nak percaya maklumat di Internet.

“Ia hanya buatkan kami lebih bimbang dan sedih,” katanya yang memberitahu Mohd Tarmizi bersama anaknya baru tiga tahun menetap di New Zealand.

Sebelum ini keluarga itu menetap di Kajang, Selangor lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");