Jenayah

Bakar Diri Demi Cinta

SITIAWAN: Seorang lelaki parah selepas dipercayai membakar dirinya selepas kecewa dengan masalah cinta di sebuah rumah di Kampung Bintang, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas bergaduh dengan teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu 7.40 malam kelmarin.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung terima satu laporan polis berkenaan seorang lelaki terbakar dan siasatan awal mendapati mangsa dikatakan hendak membakar diri sendiri disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi BH Online, di sini malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat HSM, mangsa mengalami cedera terbakar hampir 90 peratus keseluruhan badannya.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di hadapan rumah berkenaan dan terdapat beberapa saksi ketika kejadian berlaku.

“Tempat kejadian juga mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi serta menganalisis rakaman CCTV yang diperoleh,” katanya.

Muhammad Hanif berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri.

Klip video dipercayai membabitkan kejadian itu turut viral di laman Facebook semalam yang menunjukkan seorang lelaki dan wanita seperti bergaduh sebelum lelaki terbabit terbakar keseluruhan badannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");