Berita Hari Ini

Bakar Kereta Perbuatan Ganas Dan Ancam Nyawa – Mufti Perlis

KANGAR : Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan dua individu yang membakar kereta rasminya sebagai perbuatan berunsur keganasan dan boleh mengancam nyawanya.

Justeru beliau berharap pihak berkuasa akan dapat segera  menangkap kedua-dua individu itu.

Sekalipun selepas ini saya akan menaiki kereta Kancil, tetapi insya Allah, semangat saya tetap singa,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam akauan Facebook miliknya.

Beliau juga turut menghargai pasukan bomba dan polis yang bertungkus lumus sejak semalam menyiasat kejadian di kediamannya itu.

Semalam, Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd  berkata kedua-dua suspek dikesan menerusi CCTV milik jiran Mohd Asri masuk ke kawasan kejirananya pada 5.12 pagi.

Rakaman itu jelas merakamkan dua individu selepas jirannya menyerahkan rakaman kepada pihak polis.

Perbuatan kedua individu itu turut dikesan membeli petrol berdekatan rumahnya menggunakan kereta dengan nombor pendaftaran palsu.

Noor Mushar berkata suspek yang memandu kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu dilihat mengisi minyak ke dalam tong yang diperbuat daripada plastik.

Dalam kejadian pagi semalam, kereta rasmi jenis Honda Accord Mohd Asri dibakar pada bahagian hadapan enjin selain cermin hadapan dan belakang turut dipecahkan, dipercayai perbuatan khianat pihak tertentu.

Kejadian itu disedari anggota  keluarganya ketika mereka sedang melakukan persiapan untuk solat Subuh kira-kira jam 6 pagi lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");