Sukan Hari Ini

Barca Buru Kemenangan Berdepan Rayo

JURULATIH Barcelona Ernesto Valverde mengesakan barisan pemainnya supaya meneruskan rentak cemerlang berhadapan pasukan bergelut dalam saingan La Liga, Rayo Vallecano, awal pagi Ahad.

Ia perlawanan yang menyuntik semangat pasukan selepas kejayaan menewaskan Real Madrid dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Barca memenangi 11 perlawanan bertemu Rayo termasuk menjaringkan 50 gol sepanjang pertemuan berdepan lawan itu, mereka kini memiliki tujuh mata mendahului liga mengatasi pencabar terdekat Atletico Madrid.

“Selepas aksi mendebarkan dalam perlawanan ‘Clasico’ ini adalah langkah berikutnya untuk melihat kemampuan pasukan,” kata Valverde dalam sidang media, lapor Harian Metro.

“Ada beberapa perlawanan di mana semua orang memberi tumpuan kepadanya dan ada di antaranya kurang ambil perhatian. Perlawanan esok adalah penentu peluang untuk memenangi kejuaraan.

“Ketika musim liga semakin berada di kemuncak dengan setiap perlawanan bertambah sukar termasuk perlawanan yang menentukan perjalanan keseluruhan pasukan pada masa akan datang.

Barca berdepan cabaran kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Lyon empat hari selepas berdepan Rayo, selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan ketika perlawanan pertama di Perancis.

Ketika Real Madrid dilihat melakukan persediaan berhadapan perlawanan Liga Juara-Juara dengan melakukan beberapa pertukaran pemain dalam barisan pasukan mereka untuk berhadapan saingan liga.

Namun Valverde berkata, dia tidak akan membuat banyak perubahan selain merehatkan dua atau tiga pemain daripada barisan kesebelasan utamanya.

“Tiga mata yang menjadi rebutan esok adalah sama nilainya ketika kami mencacat kemenangan ke atas Sevilla dan Real Madrid. Sebelaum berhadapan perlawanan Liga Juara-Juara, kemenangan pastinya memberi kami semangat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");